Sebagai real estate negotiator kenalah sentiasa up to date perkembangan terbaru. Jangan malu dan malas mencari ilmu. Saya sedar saya tak boleh hanya berharap bacaan online sahaja. Sekarang semakin mudah kerana ramai taiko dan guru yang willing to share their knowledge membuatkan semakin mudah untuk berkongsi dan mendengar. Antara nak atau tidak.
Sambil itu, dapat juga saya bersosial dengan kawan-kawan baru dan bertemu bakal clients, sama ada membeli atau penjual. Kiranya ini part of marketing strategi juga.
Pada 7.6.14 (Sabtu) saya berpeluang untuk ke Konvensyen Havoc Hartanah bertempat di Kompleks Karangkraf. Sangat teruja memandangkan saya terlepas peluang untuk hadir ke Konvensyen Pejuang Hartanah. Apa yang saya boleh saya katakan ialah Malaysia perlukan lebih lagi majlis sebegini. Tiket masuk hanyalah RM50 dan sambutan sangat bagus. Full house!
Speaker yang ada juga sangat hebat seperti Tuan Azizi Ali, Encik Faizul Ridzwan, Mr. Ho Chin Soon, Mr. Edwin Wee, Mr. Ersnest Towlie, dan Encik Safuan Rahman.
Jadi for RM50 and you get all of these gentlemen, I say it is RM50 well spent. Faizul was talking about choosing location, Ho Chin Soon tackling subject of analysing hot-spots and many more.
I really look forward for another Konvensyen and hopefully to meet as many people as I can.
Here some photos:
No comments:
Post a Comment