Monday, 9 October 2017

Tips Berhenti Jadi Pemalas

JANGAN MALAS. 

BANGUN TIDUR TERUS BUAT APA YANG PATUT BUAT. 

TERUSKAN. 

JANGAN BERHENTI. 

REVIEW APA YANG TELAH DIBUAT. 

SEBELUM TIDUR, TULIS APA NAK BUAT. 



BUAT. 

Tuesday, 3 October 2017

Air Terjun Pelangi, Sg Lembing, Pahang : Apa Persediaan Yg Sesuai

Bersyukur I dapat melihat pelangi di Air Terjun Pelangi di awal musim monsoon kali ini.  Berdasarkan research, pelangi tidak muncul jika berawan. Dapat juga lihat pelangi di dinding Air Terjun walaupun sekejap, terus terasa tak sia-sia perjalanan daripada Salak Tinggi, Sepang ke Sg. Lembing. 


Apabila tiba dibandar Sg Lembing, percayalah anda akan terasa seperti dibawa semula ke tahun 1980an. Deretan bangunan dua tingkat dengan binaan British, deretan pokok ara (ficus) sebagai pembahagi jalan, suasana yang aman dan senyap membuat perasaan tenang datang secara perlahan dan cukup mendamaikan.

I kagum dengan penduduk setempat yang menjadikan industri pelancongan sebagai sumber pendapat setelah pekan tersebut 'mati' dengan penututupan sumber ekonomi utama Sg Lembing iaitu perlombongan. I nasihatkan untuk pengunjung untuk meluang sedikit masa melawat museum Sg Lembing dan juga lombong bijih disitu. 

Perjalanan ke hulu Sg Lembing dimulakan seawal 6.30 pagi dengan menaiki 4WD. Yang ni I cukup tak suka sebab gayat. Macam naik roller coaster! Kami membuat beberapa persinggahan antaranya melihat melihat matahari terbit di tanah tinggi berdekatan, tempat pembalakan, dan perkampungan orang asli.  



Trekking ke air terjun pula mengambil masa lebih kurang sejam bergantung kepada tahap kecergasan. Jarak hanyalah 1km diantara gigi hutan terus ke atas. Untuk ke gigi hutan, kita akan melintasi sungai separas pinggang (jika tidak berpaut tali yg disediakan, ia hanya pangkal peha sahaja) dan kita akan menikmati keindahan flora hinggalah ke kawasan air terjun. I dapat jumpa pelbagai warna dan bentuk cendawan dan tidak kurang beberapa spesis bunga anggerik. 


Sasaran untuk berada di air terjun adalah diantara jam 9.30 pagi ke 10.30 pagi. Kedudukan matahari yang optimum untuk memancarkan pelangi. 

30/09/17


Trek ke Air Terjun Pelangi pula sangat mudah. Bantuan besi penghadang, besi pemengang di kawasan mendaki, tali di kawasan licin, tanda arah yang jelas dan juga trek yang sangat terang benar-benar sesuai untuk hikers yang baru. Syabas kepada guides dan pengusaha disana!

Jadi, apa persediaan yang sesuai untuk ke Air Terjun Pelangi?

1. Permit 
2. Kasut - sandal getah bersesuaian ataupun adidas kampung.
3. Pilihlah tarikh yang sesuai. Musim panas adalah terbaik. 
4. Minuman/makanan.





Taking Care of Our Elderly

As we count our wrinkles, noticing new pain on our joints and all other changes on our body we sometimes forget that our parents, too, grow...