Friday, 29 April 2016

BAGAIMANA NAK MEMULAKAN KERJAYA PERUNDING HARTANAH (FAQ)

Assalamualaikum semua,

Sejak akhir-akhir ini banyak WhatsApp & email saya terima bertanyakan soalan diatas. Ada yang saya dapat balas tetapi bila timing tak kena, terpaksa saya KIV. Sudahnya saya jadi lupa. 

Soalan yang diberi generally adalah sama. Untuk itu, saya sediakan FAQ untuk tatapan. Maafkan saya, kalau tidak lengkap. Ini adalah pengalaman saya bersama company yang I work with. Maybe different company provide different rules. 

Saya bersama Reapfield sejak 2009. Setakat ini memang berpuas hati. Principal berikan kami freedom. Asalkan tidak melanggar peraturan, dia biarkan saja kami.

Berikut adalah FAQ yang saya terima:

1. Bolehkah bekerja part time
Bergantung kepada agency. Ada yang benarkan. Ada yang stricly NO. 

Tanya diri sendiri, bolehkah kamu tanggung diri tanpa pendapatan tetap 

--->YES. So, focus buat property sahaja.
--->NO. Plan your work. Ingat, ketika memulakan kerja sebagai perunding, disiplin sangat penting untuk mencari listing, iklan & bawa orang viewing. 

Jika minat tidak tinggi (lebih untuk mencari pendapatan sampingan sahaja), saya cadangkan buatlah unit trust ataupun sebagai agent insurance

2. Apa itu focus/specialise/farming area?
Ia bermaksud kawasan utama untuk buat property business. 

3. Bagaimana hendak memilih focus area?
Boleh jadi dekat rumah, dekat kampung, kawasan familiar. Saya bernasib baik ketika memulakan kerja saya memilih kawasan yang baru. Tidak banyak pesaing, harga juga mudah mark-up. 

4. Bagaimana hendak memilih agency?
Soalan ni agak tricky. Reapfield mungkin terkenal di Klang Valley. Tetapi tidak di Perak, Terengganu Pahang etc

Buat lah research. Pergi interview & tanya siapa team leader. Google orang tu. Kang dapat team leader yang sama-sama nak berebut listing, payah juga.  

5. Ada agency bumiputra/Muslim?
Off koz ada. Google saja

6. Berapa pendapatan perunding hartanah?
The more you close, the more you get. Kita adalah orang yang makan commission. Tak ada basic, jadi kena lah pulun kerja hari-hari. Hari terbaik untuk berkerja adalah hari orang lain bercuti. 

7. Berapa sebenarnya pendapatan perunding hartanah ni?
Maksimum boleh collect daripada tuan rumah/landlord adalah 3% daripada amount closed. 3% itu dikongsi antara perunding hartanah & agency. Ada agency ambil 20% dan ada agency ambil 30%

Ketika memilih agency, tanya soalan ni betul-betul. Jangan sampai sedih makan hati tengok fee masuk masuk akaun kita tak seperti dijangka

8. Ada sales target?
Mesti ada. Setiap license holder dibolehkan mempunyai 30 perunding. Kalau you tak perform, lebih baik spot tu dia bagi kat orang lain. 

Normally, company letak target RM50,000 per year. Jagan terkejut. Jumlah ni kecil sahaja sebenarnya. Contoh, commish untuk property RM1m is RM30k. Jual dua unit you dah ada RM60k. Setahun hanya jual dua unit. Selebihnya, rest.

9. Kalau tak achieve target?
Bye-bye.

10. Betul ke?
Mestilah. Agency selalunya akan bagi guide, akan bagi peluang, akan train...takkan tak boleh buat. 

11. Kalau dah buat semua, tak dapat target juga?
Betul, mesti akan ada case begini. Saya juga pernah alaminya. Bertabah sangat-sangat. Rasa nak cari kerja full time semula pun ada. Namun inilah konsep rezeki. Kalau makan gaji, confirm gaji ada setiap bulan..kalau income harap commish ni, susah lah. Unless holding power tinggi. 

Ada juga case yang dah close, owner & buyer dan ok, sekali ada satu halangan yang luar jangka. Menangis darah namun tetap tak jadi. Kenalah tabah. Ingat selalu, rezeki adalah rahsia Allah. Kita usaha berpeluh darah pun, kalau bukan masa untuk kita dapat, tetap tak dapat. Akan ada sesuatu yang lebih baik dari itu. Always positive.

p/s sentiasa lah update team leader. Selalunya mereka faham & akan usahakan untuk memastikan semangat you tak padam

12. Macamana nak cari listings?
Off koz lah sebagai rookie, listing is zero. Tapi banyak caranya.
a) minta team leader listing yg dia tak nak buat
b) browse internet, cari kat classified for FSBO
c) join team jual new development
d) buat property search

(ini yang saya buat)

13. HOW TO MAKE FRIENDS IN AGENCY
Step 1, smile.
There you make friends already!

All the best!

p/s always always persevere!

“Discouragement and failure are two of the surest stepping stones to success.” ~Dale Carnegie


Tuesday, 12 April 2016

Jenis Customer Yang Buat Saya Menyampah

Oh well....I'm human. Yes, I do get irritated with potential client.

Why potential client? Because we did not transacted any business yet. I'm not sure if he ever appoint be my client. 

Ceritanya macam ni, dua tahun lepas seorang pelabur bertanya pendapat untuk pelaburan hartanah beliau. I layan lah macam biasa. Dia tanya saya jawap. Cuma dia suka mesej waktu malam. Saya tak kisah sangat sebab fon saya on silence waktu malam, jadi saya akan jawap keesokan hari. Saya fikir mungkin dia sedang berbaring untuk tidur dia terfikir this & that. Tak pelah. 

Tetapi dia tak fokus. Shah Alam, Puchong, Seremban dan KL. Kemudian minta expected return. Lar, macamana tu? Itu semua dia boleh dapat daripada penasihat kewangan lah. Tak mahalpun fee penasihat kewangan professional. Dia suka ulang-ulang budget dia. Sampaikan saya rasa duit tu kalau dia letak in FD, dah beranak dah pun.

Anyway, malam ni dia mesej lagi. With the same questions! OMG!!!!!!

Tetap tak beli apa-apa lagi. Nak layan ke orang macam ni? 

Friday, 8 January 2016

TO FORFEIT OR TO REFUND?

"My boss once asked what I want when I receive a new listing and I said "a closing". She said you must ask/pray for a smooth closing and satisfied buyer & seller so you can be a happy realtor.
Dalam economy tak stabil ni, tetap ada pembeli & penjual. Tetapi atas sebab luar kawalan, banyak kali terjadi duit deposit terpaksa dipulangkan padahal kami, orang tengah yang kerdil (walau ada kami yg oversize), sudah menjalankan tugas dengan betul. Titik peluh kami terpaksa dihalalkan sambil mengharap deal seterusnya yg tak pasti bila."

The above is my Facebook status few days ago.  One of my colleague is having difficult time in one of his deal. He is considering to abort the deal as buyer and seller not in agreement on some matter. I feel sorry for him because he has done his work dilligently. He sweat for it, spent money on advertising and telephone bills and other expenses. His has invested a lot of time to the property.  It is fare to ask him to make full refund to purchaser?  

Also, it is fare for the vendor? His property is on hold once earnest deposit collected. He might lose another offer during that period.  I do not have full story as I don't go to office as often as I should but knowing this situation made me sad. 

On other hand, I feel bad to forfeit purchaser's money. Property is always biggest purchase one make and the earnest deposit is defitenitely biggest investment he put down to. I would fight to get my money back if I'm in that situation.  

What will you do? 





  

Wednesday, 2 December 2015

BUNGALOW LAND FOR SALE @ CAHAYA SPK



 
Design & Built your own bungalow at the most elite, premium land in Cahaya SPK

Perched on a scenic hilltop, The Hillpark is a comminity of exclusive bungalows where you determine and function your own dream home.



In hand now I have two lots for sub-sale.  An intermediate units and it is 50% slope. One is 12,561 sq ft and the other is 8,783 sq ft.  Construction works can commence immediately.

Think about coming home to a house that you yourself design.

Cahaya SPK is also a complete neigbourhood with 38,000 sq ft Cahaya SPK Resort Club offers top notch facilities such as:-

* Olympic-length swimming pool
* Children Fun Pool
* Gymnasium
* Dance Studio
* Tennis Court
* Squash Court
* Badminton Court
* Games Room
* ..many more






Thursday, 19 November 2015

PENYEWA LARI SEBELUM CUKUP SATU BULAN

Oh no......

Nightmare ok! Nighmare. This happened in July 2015.  The rented property is an end lot located in Shah Alam. 

Here the situation. 

I have a listing in Seksyen 6 Shah Alam with Landlord that I have been working with since 2011. The said unit is a fully furnished double storey link house. I shared the listing to with colleagues and one of them brought a very good candidate.  A director for one of companies operating in Shah Alam. The tenancy will be between the company he works for and landlord.  To me, this is a good potential as I like the stability a company provides. 

After one showing, the prospect Tenant like the house and subsequently made a number of request such as extra air conditions, new refrigerator and few more which the owner complied.  About two weeks after he and his family moved in, my colleague received call Tenant that he wanted to move out and want to see her to return keys. Naturally we were shocked.  

Another meeting was set between me, Landlord and my colleague as tenant's agent. Landlord was absolutely not happy and asking us to replace with new tenant. Landlord has spent an amount of money and Tenant that we brought in did not honour the tenancy. 

Here some issue:

1.  Deposits
2.  Duration signed & stamped
3.  Agent's fee is one month rental for period of tenancy
4. Agent has to replace for free


The deposit was forfeited. 

Duration was two years and by right the Tenant has to reimburse owner whole remaining sum because he breaks the promise

The owner was right to ask the agent (which is me) to replace with new tenant for free.  At first I was sad. Why should I do it for free? Sedih juga sebab penat yang dulu tak habis lagi... Somemore I shared the fee with my colleague, she should bear it. However, the trust was given to me by Landlord. So teh duty fell on me, not her.

Alhamdulillah, I managed to find new tenant not long after that.  So far, Landlord is happy with MY tenant. 

Moral: Jangan berkira bila bekerja.


Thankful because it ended well with my Landlord



Friday, 23 October 2015

SEWA RUMAH/KEDAI : TUGAS PERUNDING HARTANAH

Hi all,


Demam gembira jumpa Fahrin Ahmad dah hilang dah...back to norm. Dah tak mimpi-mimpi lagi hahaha
Hari ni mari kita cerita apa tanggungjawap Perunding Hartanah terhadap tuan tanah (kedaung atau tidak). 


1. Sewa adalah satu bentuk perniagaan yang boleh memberikan pulangan yang menarik. Semestinya yang berniaga mensasarkan untuk mendapat keuntungan yang cantik. Perunding hartanah pula berfungsi sebagai pihak tengah yang membantu mendapatkan client buat tuan rumah.

2. Sebagai perunding hartanah saya berpendapat sewa adalah pendapatan sampingan mudah tetapi peningnya bukan sedikit.  Sewa agak tricky dan perlu kesabaran yang lebih berbanding jual/beli. 

Pernah dengar tentang tenant from hell? Yang tidak bayar sewa, yang rosakkan rumah, yang terlalu bermasalah hingga jiran mengadu ke tuan rumah dan ada juga yang jadikan rumah tempat jenayah. Maka, beruntunglah jika anda mempunyai penyewa yang baik dan bertanggungjawap. (Tip : janganlah sewenangnya menaikkan sewa tanpa asas kalau dapat gold tenant)

3. Cukup berat sewa ini kerana owner bergantung kepada kita setiap kali menghadapi masalah seperti penyewa tidak membayar sewa, kerosakan dan sebagainya.  Sedangakn tugas perunding hartanah hanyalah mencari penyewa dan bukanlah memastikan penyewa membayar sewa setiap bulah hingga tamat tempoh sewaan.  

4. Paling saya gusar apabila tuan rumah meminta saya  memberi jaminan yang penyewa adalah gold tenant.  Itu mustahil untuk dilakukan.  Ketika viewing dan suaikenal, pastinya bakal penyewa menunjukkan sikap yang baik, bukankah setiap orang ketika interview adalah sopan dan nampak bertanggungjawap?

Jadi bagaimanakah saya hendak memastikan bakal penyewa adalah gold tenant? Kita bukan seperti di Australia dimana perunding hartanah dibenarkan meminta slip gaji, mendapatkan surat jaminan majikan dan sebagainya.  Perunding hartanah disini mengharapkan kejujuran daripada bakal penyewa dan campur sedikit doa semoga dipermudahkan urusan.

5. Secara mudah, tugas perunding harta adalah:-

    i)  Memberikan pendapat kadar sewaan yang diminta tuan rumah. 
    
   ii) Setelah persetujuan tercapai antara tuan rumah dan perunding, proses promosi                 bermula dan kebiasaannya melibatkan iklan, viewing dan sebagainya
   
   iii) Setelah bertemu bakal penyewa yang berminat, perunding tadi akan memberitahu             tuan rumah. Tuan Rumah sendiri akan membuat keputusan berdasarkan laporan.               Kebiasaannya Tuan Rumah akan berjumpa bakal penyewa. Saya lebih suka jika Tuan         Rumah turut sama ketika viewing.
   
   iv)  Mengambil wang booking, menasihatkan Tuan Rumah untuk memastikan keadaan 
         rumah elok dan seperti yang dijanjikan.  Juga proses penyerahan kunci & bacaan 
         meter akan dilakukan. 

    v)  Membuat reminder kepada penyewa pembayaran sewa bulan kedua.  



Kesimpulannya, tugas perunding hartanah tamat apabila serahan kunci dan peringatan untuk pembayaran sewa bulan kedua. 

Namun begitu, tidak menjadi masalah bagi kami pembantu tuan rumah untuk mengeluarkan penyewa atas dasar hubungan perniagaan yang terjalin. Namun untuk tuan rumah mengharapkan perunding tadi melakukan tugas tersebut secara percuma adalah tidak munasabah memandangkan kos telefon, perjalanan ke rumah tersebut dan sebagainya hendaklah diambilkira.  Saya juga dapati terdapat ramai rakan setugas yang tidak buat sewa kerana ia melecehkan dan memerlukan ketabahan emosi.

Untuk itu, janganlah terkejut jika terdapat Perunding Hartanah menolak permintaan mencari penyewa kerana mencari penyewa adalah seni yang tidak mudah difahami. 


Sri Acappella : Heaven for owners . If you find an opportunity to own a unit there (even a single bedroom unit) do consider it.  

Saturday, 17 October 2015

My first TV interview and it's with Fahrin Ahmad!

I was so surprised to received an invite to be guest for new TV series called Inspirasi Bersama Fahrin Ahmad. Mana tak terkejut, saya bukanlah perunding hartanah yang top. Tak pernah naik pentas pun pada Awards Nite setiap tahun. Paling hebat pun saya hanya among highest closers. 

Jadi, apabila saya terima e-mail tersebut saya terus call sender untuk kepastian.  saya ambil masa beberapa minggu hinggakan diberi reminder oleh production house. Bukan sebab nak jadi diva sangat. Tetapi lebih kepada, bolehkah saya bercakap? Layakkah saya?

Ada ramai lagi di pejabat saya yang lebih hebat, mempunyai karisma yang lebih bagus dari saya. Apapun saya bersyukur atas peluang yang diberi. Sangat gembira dan berharap ini membuka saya lebih banyak peluang untuk berkongsi pengalaman yang tak seberapa.

Episode saya bertajuk : Perunding Hartanah

Tak sabar rasanya bila keluar TV :)