Thursday, 4 April 2013

Cabaran sebagai freelance / berkerja sambilan

Saya telah bekerja sebagai real estate negotiator sejak October 2009 hinggalah sekarang. Saya katakan saya adalah pekerja  sambilan/freelancer kerana tidak mempunyai pendapatan tetap.  Ini adalah satu-satunya sumber pendapatan saya selama 4 tahun. 

Pekerjaan saya agak mencabar...bukanlah sekadar berpanas & berhujan, namun lebih kepada cabaran yang menduga ketahanan mental dan semangat. 

Disini saya mahu berkongsi tips buat sesiapa yang mahu berkecimpung dalam bidang ini. 

If you fail to plan, you plan to fail.  
Ini sangat tepat dan terkena batang hidung saya pada 2005.  Perkara pertama yang merungsingkan saya adalah duit.  Semua kerana telah biasa makan gaji sejak berumur 18 tahun.  Saya mula di alam pekerjaan ketika menuggu keputusan STPM sebagai kerani sementara sebuah syarikat broker insuran & pada 2001 pula saya berhijrah ke Insurance Department of IOI Group.  Lagi seronok kerana selain gaji yang lebih setiap pegawai diberi pegangan saham secara percuma.  

Pada 2005 saya nekad untuk memulakan karier sebagai ejen hartanah.  Tetapi saya telah tersilap langkah.  Tanpa simpanan yang cukup, listings tidak begitu menarik dan kesabaran yang tak berapa nak ada kerana sebagai kaki shopping saya mampu bertahan selama 5 bulan sahaja.  Saya kembali ke industri insurans dan makan gaji semula. Malu juga..

Saya pesan kepada sesiapa yang mahu menjadi ejen hartanah, pastikan ada mempunyai simpanan cukup sekurang-kurangnya untuk satu tahun.  Pastikan juga kumpulkan listings supaya boleh terus rolling. Jangan kita rolling in the deep, susah nak bernafas.

Making a comeback
Empat tahun saya makan gaji Syarikat Takaful Malaysia Bhd. Ketika interview saya ditanya kenapa mahu bekerja semula kerana bidang hartanah sangat lucrative. Saya dengan jujurnya memberitahu saya perlu gaji tetap. 

Setelah cukup mengumpul keyakinan, tahun 2009 saya menghantar surat perletakan jawatan dan syukur, pejabat Reapfield Properties Shah Alam (RPSA) mahu rujuk semula. 

Sebelum memulakan career buat kali kedua, saya telah mulakan marketing dengan bercerita kepada hampir setiap kawan-kawan dan saudara mara. Mak saya off koz tak suka, tak secure katanya. Nanti akan berulang semula.  Tak der blessing mak masa tu.  Tetapi saya abaikan dan teruskan juga usaha.  Daripada kawan-kawan dan saudara saya dapat listings. Saya mulakan dengan lima quality listings. I feel good from beginning and that is important. 

Sekarang dugaan saya bukanlah mendapat listings lagi tetapi discipline. Bayangkan, saya tak perlu keluar rumah ketika ayam berkokok. Traffic jam? Apa tu? Saya boleh tidur semula selepas subuh. Nikmat tau.  

Focus juga lari. Apabila dirumah saya akan mengemop, menyapu dan apa sahaja kerja rumah yang melengahkan saya daripada keluar untuk berfarming.  Saya tidak suka menggosok baju tetapi bila saya tidak dapat focus berfarming saya akan gosok baju. Games, Twitter dan Facebook..haih...itu dah satu kisah.

Untuk mengelakkan kurang focus, saya jadikan tabiat berpakaian kemas seperti hendak ke pejabat. Tidaklah sampai bermekap tebal dan berkasut didalam rumah, cukup sekadar rambut bersikat, bukan baju tidur.  Saya jadikan rutin bermula dari jam 10.30 akan duduk di work-station dan browse segala web-site mencari penjual, membalas email dan sebagainya.  Ceh, cakap senang tetapi tabiat ini hanya berjaya dikekalkan selepas dua tahun. Kesian kan, dua tahun baru mampu lawan nafsu malas.

Kini saya bercita-cita hendak aktif berblog. Saya mahu cipta brand saya sendiri. Saya mahu dikenali sebagai ejen hartanah. Isya-Allah, dengan sokongan semua saya mampu. Dan mak saya akhirnya memberi restu setelah melihat saya lebih tekun kali ini :)  







2 comments:

  1. Salam,rasa mCam takut pun ada untuk terjun terus dalam bidang ini...sejarang berjinaj jinak juga untuk nenjadi ejan hartanah....apa nasihat yang boleh dikongsikan

    ReplyDelete
  2. Sebenarnya utk menjadi perunding hartanah, xde lah smpai perlu simpanan setahun.. Anda mesti bijak mencari jenis hartanah yang ingin di jual.. Mesti banyak explore jenis mcm mna yg senang jual-cepat dpt commission.. Cth utk project,cari listing yg dah ada apdl & pemaju yg tiada mslh utk mmbayar balik commission.. Sebenarnya pling selamat sediakan simpanan 6 bulan sudah memadai.. Cuma harus lah bijak & study ttg sesuatu hartanah sebelum menjual

    ReplyDelete

Taking Care of Our Elderly

As we count our wrinkles, noticing new pain on our joints and all other changes on our body we sometimes forget that our parents, too, grow...