Demam gembira jumpa Fahrin Ahmad dah hilang dah...back to norm. Dah tak mimpi-mimpi lagi hahaha
Hari ni mari kita cerita apa tanggungjawap Perunding Hartanah terhadap tuan tanah (kedaung atau tidak).
1. Sewa adalah satu bentuk perniagaan yang boleh memberikan pulangan yang menarik. Semestinya yang berniaga mensasarkan untuk mendapat keuntungan yang cantik. Perunding hartanah pula berfungsi sebagai pihak tengah yang membantu mendapatkan client buat tuan rumah.
2. Sebagai perunding hartanah saya berpendapat sewa adalah pendapatan sampingan mudah tetapi peningnya bukan sedikit. Sewa agak tricky dan perlu kesabaran yang lebih berbanding jual/beli.
Pernah dengar tentang tenant from hell? Yang tidak bayar sewa, yang rosakkan rumah, yang terlalu bermasalah hingga jiran mengadu ke tuan rumah dan ada juga yang jadikan rumah tempat jenayah. Maka, beruntunglah jika anda mempunyai penyewa yang baik dan bertanggungjawap. (Tip : janganlah sewenangnya menaikkan sewa tanpa asas kalau dapat gold tenant)
3. Cukup berat sewa ini kerana owner bergantung kepada kita setiap kali menghadapi masalah seperti penyewa tidak membayar sewa, kerosakan dan sebagainya. Sedangakn tugas perunding hartanah hanyalah mencari penyewa dan bukanlah memastikan penyewa membayar sewa setiap bulah hingga tamat tempoh sewaan.
4. Paling saya gusar apabila tuan rumah meminta saya memberi jaminan yang penyewa adalah gold tenant. Itu mustahil untuk dilakukan. Ketika viewing dan suaikenal, pastinya bakal penyewa menunjukkan sikap yang baik, bukankah setiap orang ketika interview adalah sopan dan nampak bertanggungjawap?
Jadi bagaimanakah saya hendak memastikan bakal penyewa adalah gold tenant? Kita bukan seperti di Australia dimana perunding hartanah dibenarkan meminta slip gaji, mendapatkan surat jaminan majikan dan sebagainya. Perunding hartanah disini mengharapkan kejujuran daripada bakal penyewa dan campur sedikit doa semoga dipermudahkan urusan.
5. Secara mudah, tugas perunding harta adalah:-
i) Memberikan pendapat kadar sewaan yang diminta tuan rumah.
ii) Setelah persetujuan tercapai antara tuan rumah dan perunding, proses promosi bermula dan kebiasaannya melibatkan iklan, viewing dan sebagainya
iii) Setelah bertemu bakal penyewa yang berminat, perunding tadi akan memberitahu tuan rumah. Tuan Rumah sendiri akan membuat keputusan berdasarkan laporan. Kebiasaannya Tuan Rumah akan berjumpa bakal penyewa. Saya lebih suka jika Tuan Rumah turut sama ketika viewing.
iv) Mengambil wang booking, menasihatkan Tuan Rumah untuk memastikan keadaan
rumah elok dan seperti yang dijanjikan. Juga proses penyerahan kunci & bacaan
meter akan dilakukan.
v) Membuat reminder kepada penyewa pembayaran sewa bulan kedua.
Kesimpulannya, tugas perunding hartanah tamat apabila serahan kunci dan peringatan untuk pembayaran sewa bulan kedua.
Namun begitu, tidak menjadi masalah bagi kami pembantu tuan rumah untuk mengeluarkan penyewa atas dasar hubungan perniagaan yang terjalin. Namun untuk tuan rumah mengharapkan perunding tadi melakukan tugas tersebut secara percuma adalah tidak munasabah memandangkan kos telefon, perjalanan ke rumah tersebut dan sebagainya hendaklah diambilkira. Saya juga dapati terdapat ramai rakan setugas yang tidak buat sewa kerana ia melecehkan dan memerlukan ketabahan emosi.
Untuk itu, janganlah terkejut jika terdapat Perunding Hartanah menolak permintaan mencari penyewa kerana mencari penyewa adalah seni yang tidak mudah difahami.
Sri Acappella : Heaven for owners . If you find an opportunity to own a unit there (even a single bedroom unit) do consider it. |