Trip yang akan menjadi kenangan kerana hajat ke beirut Bukit Chenuang tetapi tersasar trans Sg. Chongkak dan berjalan sejauh 22km. What a way to start our November 2017!
Seperti biasa kami akan berbincang didalam Whatsapp group dan plan trip akan datang. Ada yang minta Bkt Chenuang, yang dikatakan adik Gunung Nuang dan rupanya ada juga yang pergi lagi. I pula belum pernah sampai Gunung Nuang, maka terbuka sedikit hati nak ke Bkt Chenuang sebelum jumpa abang dia.
Berdasarkan homework di Google, rasanya boleh buat Bkt Chenuang ni.
Jarak : 8km
Tempoh : 3jam hingga ke puncakKetinggian : 850m (2,788ft)
So, macamana pula boleh bertukar mendaki Bkt Chenuang kepada trans Sg. Chongkak tu? Kami rasa mungkin tersalah masuk trek. Ini kerana trek tertutup/terlindung oleh khemah pekerja Perhilitan. Tetapi secara keseluruhannya, trans Sg. Chongkak agak mudah dan boleh jadi sangat mendamaikan kalau tak disebabkan oleh serangan pacat yang sangat meriah sampai I taubat nak pergi Hulu Langat lagi. Tak tahan betul.
Ini memang tempat kegemaran keluarga pacat. |
Kalau nak tau, perasaan I adalah seperti berjalan seperti diatas threadmill yang tak ada butang stop. Ketika km ke 7 hujan lebat dan pacat semakin meriah. O.M.G. Jalan jalan jalan sampai km ke 9 baru Nurul sebut yang ada besar kemungkinan sesat. Ah, susah ni. Kami teruskan juga sebab setiap clue yang ada hampir sama dengan apa yang kami study di Google.
Kami teruskan sehinggalah ke km ke 10 dan disebabkan semua sudah kelaparan jadi kami pun stop makan. Masa tu sudah 2 petang. Sedap sungguh bihun goreng. TQ Kent. Bro Dann pula sempat masak air buat nescafe, selesa perut dapat air panas. Dulu makan ayam masak merah berkuahkan hujan di Bukit Kutu, kali ini bihun sup hujan pula. Tak jadi masalah pada yang kelaparan.
Anyway, moral kepada kami adalah pastikan laluan/trek masuk yang sebenar. Sebolehnya biar ada kawan-kawan yang pernah sampai supaya dapat laluan yang sebenar. Bersyukur tidak ada kejadian yang tidak diingini dan kami semua tidak mental. Semangat kami memang tip top meletop.
I love this team!
No comments:
Post a Comment