Tuesday 13 November 2012

Rumah Untuk Di Jual @ Bukit Bandaraya Shah Alam



Bukit Bandaraya Shah Alam (BBSA) bukanlah kawasan perumahan baru, sudah bertapak mualai tahun 2003 lagi. Tetapi atas sebab yang tidak diketahui ia tidak tidak sepopular seksyen lain di Shah Alam seperti Seksyen 7 walaupun tahap pembangunan agak seiring.  Mungkin kerana kurangnya iklan dan pendedahan yang hebat daripada pihak pemaju menjadikan nama BBSA ini tidak gah. 


Terletak bersebelahan Taman Pertanian Bukit Cerakah, BBSA menjanjikan tempat tinggal yang penuh kehijauan dan tenang di dalam pembangunan bersaiz lebih kurang 300 ekar yang menumpukan kepada kawan perumahan (residential).  

Buat masa ini BBSA mempunyai rumah teres dua tingkat seperti Paladium, Salasia, Farnesse, dll. Bungalow Nuang Hills, Semi D dan juga Pangsapuri Sri Nuang


Rumah teres dua tingkat fasa 9B
Saya mempunyai beberapa unit untuk di jual di BBSA.  Setiap unit mempunyai keunikan tersendiri dan sebagai pelabur saya menyarankan anda menjadikan BBSA sebagai satu kawasan yang wajar diberi pertimbangan. 






Intermediate @ RM560,000
Saiz :  24 x 70
Bilik Tidur :  3 +1
Bilik Mandi:  3

Berhadapan dengan padang permainan.
Basic & baru.  
Unit ini dimiliki oleh bukan bumiputra. 



Intermediate @ RM530,000
Saiz :  24 x 70
Bilik Tidur :  3 +1
Bilik Mandi:  3

Terletak bersebelahan dengan end lot. 
Basic & baru. 
Unit ini juga dimiliki oleh bukan bumiputra. 



Intermediate @ RM575,000
Saiz :  24 x 70
Bilik Tidur :  3 +1
Bilik Mandi:  3

Berdekatan guard house & pemandangan kosong lepas tanpa rumah lain
Renovated dengan ruangan dapur luas dan selesa. Ruang memasak dan kawasan ampaian di bahagian belakang rumah.   
Lengkap dengan lampu dan kipas serta penghawa dingin disetiap bilik termasuk ruang makan. 

Sekiranya anda berminat untuk melawat rumah diatas sila hubungi saya di 013 380 7988. 

Sebelum itu, ingin saya berikan pendapat mengapa BBSA wajar di berikan perhatian kepada pelabur:
  1. Kawasan sedang membangun - harga BBSA 'masih' meningkat naik.  Terdapat ruang yang besar untuk melipatkan keuntungan berbanding kawasan lain diShah Alam
  2. Harga yang tepat - sukar untuk mendapat harga bawah RM650,000 untuk rumah bersaiz 24 x 70. Lebih-lebih build-up yang luas
  3. Rekabentuk & Architectural - pujian kepada arkitek yang terlibat. Rekabentuk rumah di BBSA adalah inovatif  
  4. Tiada masalah trafik - BBSA terletak di pertengahan antara Seksyen 7 dan Pusat Bandar.  Walaupun hanya mempunya satu kawasan keluar/masuk tetapi saiz jalan yang luas menjadikan ia bukanlah masalah
  5. Kawasan yang hijau - ini adalah faktor utama bagi saya. Kawasan joging dan berbasikal terdapat banyak disini. 

Padang bola selepas hujan

Selepas hujan - feveret saya!
Satu lagi feveret saya!

Atau  mungkin saya bias kerana tinggal disini selama lebih tujuh tahun. Tetapi saya rasa beruntung sebab ini salah satu pelaburan yang mendatangkan hasil bagi saya.


No comments:

Post a Comment

Taking Care of Our Elderly

As we count our wrinkles, noticing new pain on our joints and all other changes on our body we sometimes forget that our parents, too, grow...