Monday 9 May 2016

MARKET TAK MENARIK, APA PERUNDING HARTANAH PERLU BUAT?



Nak buat apa ya ketika pasaran hartanah down ni? Harga dah menarik ikut bank value, tapi tak ada buyer. Harga owner dan buyer dah matched tapi loan tak lepas pulak. Ataupun ada owner yang sangat bercita-cita masih mahukan untung 30% - 50%. Apa tindakan yang boleh kita buat?

1. Nangis & update resume, apply kerja. 

Ramai yang berfikir begini termasuk saya. Security gaji bulanan sangat menarik dan menggoda ketika barangan semua sangat mahal. Bayangkan cost pengiklanan, telefon dan minyak kereta telah dibelanjakan tetapi masih belum mendapat pulangan. Tidak termasuk belanja harian. Memang ada yang menagis. Boleh juga buat cara short cut ni. Tugas perunding hartanah on the side. 

2. Lawan & teruskan

When the time gets tough, the tough gets tougher. It is true. Persevere. Teruskan iklan. Teruskan cold calling investors. Teruskan buat opening. Teruskan attend talk. Teruskan berkawan dengan positif people. 

3. Cipta kelainan

Bagaimana untuk mencipta kelainan pada perkhidmatan? 

Ada beberapa cara:
a) Buat opening. Mohon pada owner exclusive untuk tempoh Open House. Katakan yang anda mahu menjemput bakal pembeli untuk datang dan melawat hartanah tersebut. Pastinya owner/lister bersetuju kerana tujuan hakiki adalah untuk menjual hartanah dia secepat mungkin

b) Buat flyers. Old school tapi tak semestinya tidak effective. Mungkin ramai yang 'malas' untuk buka akhbar atau melawat lawan web hartanah

c) Buat bunting atau sigboard.

Ini sebenarnya soliciting tapi pedulik lah. Paling-paling pun signboard tu akan diturunkan.

4. Baca berita dan artikel berkenaan perunding hartanah

Saya cadangkan berita luar negara yang mengalami kejatuhan harga. Kita belajar daripada mereka yang mengalaminya awal dari kita. Contohnya London dan beberapa tempat di USA

5. Kongsi Listings

Jika niatnya adalah untuk closed secepat mungkin, ada baiknya berkongsi listings. Prospect anda mungkin tidak mahu listings anda, vice versa 

Ini saja yang dapat saya fikirkan buat masa ini. 

****************************************************************

Sebenarnya saya sudah lama tidak berkerja semenjak menjaga bapa saya yang diserang stroke hinggalah meninggal dunia. Sangat terasa berbezaan market sebelum saya bercuti. Saya tidak menerima call daripada iklan. Mujur saya mempunyai beberapa signboard dan panggilan hanya untuk property sekitar signboard dipasang. Ada juga signboard yang tidak mendapat panggilan langsung. Jadi saya dapat membuat kesimpulan kehendak pasaran dan dapat membuat keputusan penting berkenaan focus area.

Saya memang sangat down dengan masalah peribadi dan ketika itu tak tau hendak bermula dari mana untuk berkerja semua. Apa yang saya ingat adalah 5 cycle of Real Estate Negotiator:

1. Listing
2. Seller
3. Viewing
4. Buyer
5. Closing

Saya kini bermula dengan 1. Semoga dapat ke 5 dengan mudah, insya Allah. Dengan menulis artikel ini saya harap saya dapat re-focus and continue learning what works and what's not workable in this trying time. 

With that, have a good week fellow negotiators!

4 comments:

  1. Didoakan Lovelykatz berjaya ke step 5 dengan mudah.

    Saya bercadang nak tukar kerja jadi REN, tengah cari cerita-cerita duka sebagai REN sebab asyik jumpa cerita gembira komisyen 5,6 angka je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tgh previous post Puan Nani, mmg dia ada ceritakan pengalaman dia.

      Delete
  2. Salam Puan Nani,
    Blog puan menjadi motivasi bagi new REN seperti saya untuk tetap berusaha.
    Simple post tetapi penting bagi memotivatekan kita.

    Keep on sharing your ideas and thanks for the motivation.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Maaf lama sangat tak buka blog. Thanks for support. Insya Allah, I'm back with more ideas.

      Delete

Taking Care of Our Elderly

As we count our wrinkles, noticing new pain on our joints and all other changes on our body we sometimes forget that our parents, too, grow...