Friday 29 April 2016

BAGAIMANA NAK MEMULAKAN KERJAYA PERUNDING HARTANAH (FAQ)

Assalamualaikum semua,

Sejak akhir-akhir ini banyak WhatsApp & email saya terima bertanyakan soalan diatas. Ada yang saya dapat balas tetapi bila timing tak kena, terpaksa saya KIV. Sudahnya saya jadi lupa. 

Soalan yang diberi generally adalah sama. Untuk itu, saya sediakan FAQ untuk tatapan. Maafkan saya, kalau tidak lengkap. Ini adalah pengalaman saya bersama company yang I work with. Maybe different company provide different rules. 

Saya bersama Reapfield sejak 2009. Setakat ini memang berpuas hati. Principal berikan kami freedom. Asalkan tidak melanggar peraturan, dia biarkan saja kami.

Berikut adalah FAQ yang saya terima:

1. Bolehkah bekerja part time
Bergantung kepada agency. Ada yang benarkan. Ada yang stricly NO. 

Tanya diri sendiri, bolehkah kamu tanggung diri tanpa pendapatan tetap 

--->YES. So, focus buat property sahaja.
--->NO. Plan your work. Ingat, ketika memulakan kerja sebagai perunding, disiplin sangat penting untuk mencari listing, iklan & bawa orang viewing. 

Jika minat tidak tinggi (lebih untuk mencari pendapatan sampingan sahaja), saya cadangkan buatlah unit trust ataupun sebagai agent insurance

2. Apa itu focus/specialise/farming area?
Ia bermaksud kawasan utama untuk buat property business. 

3. Bagaimana hendak memilih focus area?
Boleh jadi dekat rumah, dekat kampung, kawasan familiar. Saya bernasib baik ketika memulakan kerja saya memilih kawasan yang baru. Tidak banyak pesaing, harga juga mudah mark-up. 

4. Bagaimana hendak memilih agency?
Soalan ni agak tricky. Reapfield mungkin terkenal di Klang Valley. Tetapi tidak di Perak, Terengganu Pahang etc

Buat lah research. Pergi interview & tanya siapa team leader. Google orang tu. Kang dapat team leader yang sama-sama nak berebut listing, payah juga.  

5. Ada agency bumiputra/Muslim?
Off koz ada. Google saja

6. Berapa pendapatan perunding hartanah?
The more you close, the more you get. Kita adalah orang yang makan commission. Tak ada basic, jadi kena lah pulun kerja hari-hari. Hari terbaik untuk berkerja adalah hari orang lain bercuti. 

7. Berapa sebenarnya pendapatan perunding hartanah ni?
Maksimum boleh collect daripada tuan rumah/landlord adalah 3% daripada amount closed. 3% itu dikongsi antara perunding hartanah & agency. Ada agency ambil 20% dan ada agency ambil 30%

Ketika memilih agency, tanya soalan ni betul-betul. Jangan sampai sedih makan hati tengok fee masuk masuk akaun kita tak seperti dijangka

8. Ada sales target?
Mesti ada. Setiap license holder dibolehkan mempunyai 30 perunding. Kalau you tak perform, lebih baik spot tu dia bagi kat orang lain. 

Normally, company letak target RM50,000 per year. Jagan terkejut. Jumlah ni kecil sahaja sebenarnya. Contoh, commish untuk property RM1m is RM30k. Jual dua unit you dah ada RM60k. Setahun hanya jual dua unit. Selebihnya, rest.

9. Kalau tak achieve target?
Bye-bye.

10. Betul ke?
Mestilah. Agency selalunya akan bagi guide, akan bagi peluang, akan train...takkan tak boleh buat. 

11. Kalau dah buat semua, tak dapat target juga?
Betul, mesti akan ada case begini. Saya juga pernah alaminya. Bertabah sangat-sangat. Rasa nak cari kerja full time semula pun ada. Namun inilah konsep rezeki. Kalau makan gaji, confirm gaji ada setiap bulan..kalau income harap commish ni, susah lah. Unless holding power tinggi. 

Ada juga case yang dah close, owner & buyer dan ok, sekali ada satu halangan yang luar jangka. Menangis darah namun tetap tak jadi. Kenalah tabah. Ingat selalu, rezeki adalah rahsia Allah. Kita usaha berpeluh darah pun, kalau bukan masa untuk kita dapat, tetap tak dapat. Akan ada sesuatu yang lebih baik dari itu. Always positive.

p/s sentiasa lah update team leader. Selalunya mereka faham & akan usahakan untuk memastikan semangat you tak padam

12. Macamana nak cari listings?
Off koz lah sebagai rookie, listing is zero. Tapi banyak caranya.
a) minta team leader listing yg dia tak nak buat
b) browse internet, cari kat classified for FSBO
c) join team jual new development
d) buat property search

(ini yang saya buat)

13. HOW TO MAKE FRIENDS IN AGENCY
Step 1, smile.
There you make friends already!

All the best!

p/s always always persevere!

“Discouragement and failure are two of the surest stepping stones to success.” ~Dale Carnegie


2 comments:

  1. Salam sis.. thanks for all the tips ! 😊😊

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas smua info..btul2 bnyk membantu

    ReplyDelete

Taking Care of Our Elderly

As we count our wrinkles, noticing new pain on our joints and all other changes on our body we sometimes forget that our parents, too, grow...