Saturday, 29 July 2017

Goodbye Reapfield Shah Alam.



Berbulan juga I berfikir untuk tukar pejabat sejak berpindah Sepang. I mahukan agency yang berdekatan dengan sebab nak melepak dan ambil aura. I sebenarnya pergi pejabat lebih kepada bernetworking, chatting dan ambil tahu berita terkini.   Kerja I is on the road. Cari property for sale is not static in comfort of office or home. 

Jarak 56km perlahan-lahan menjadi beban buat I untuk berulang. Apatah lagi terdapat beberapa kekecewaan beberapa viewing selepas Hari Raya buatkan semangat semakin lemah. Listings dikawasan berhampiran tempat tinggal semakin banyak maka perasaan untuk ke Shah Alam semakin pudar. 

Apabila sudah bulat isi hati untuk berhenti, I perasan satu masalah. I tak tahu cara bertukar agency!  I called bekas Sr. REN Reapfield prosedur bertukar agency. Nampak tak, betapa ignorance sampaikan cara berhenti kerja pun tak tau. Dia nasihatkan I cari agency dulu. Jumpa dan bincang terms sampai puas hati. Bila sudah dapat, baru berhenti dan serahkan semula tag REN.  

Itu yang saya buat. Saya bertanya rakan disini dan diberitahu terdapat agency yang tidak jauh dari rumah saya. Lebih kurang 25 minit sahaja. Happy juga. Saya call dan set appointment. Berjumpa dengan Agency Manager, bincang lebih kurang dan I pulang dengan girang. 

Jauh sudut hati I rasa sedih untuk meniggalkan Reapfield Shah Alam. Agency pertama yang membimbing dan membentuk I hingga ke hari ini. But I have made my decision and I pray it is for the best. 

26.07.2017 was my last day there.

I am glad that I started my career there for it has created a foundation in me and I am proud to tell people that I started with Reapfield Properties Shah Alam, under guidance Pn. Nora Kamarudin.



1 comment:

  1. Good luck sis for your future undertaking, new working environment at a new place, and fresher air in Pudgi..

    love and lotsa love,
    REN01654

    ReplyDelete

Taking Care of Our Elderly

As we count our wrinkles, noticing new pain on our joints and all other changes on our body we sometimes forget that our parents, too, grow...