Semalam hari yang bermakna buatku yang masih baru dalam dunia outdoor. I berjaya menakluki Bukit Kutu dalam masa 3 jam 10minit. Alhamdullilah, selamat sampai dan selamat turun.
Bukit Kutu, dipanggil bukit tanpa sebab yang jelas. Ia adalah satu trolling yang sangat kejam kerana Bukit Kutu adalah gunung! Setinggi 1,050 meter atau 3,444 kaki ia bukanlah sesuatu yang mudah buatku yang tidak ada pengalaman dalam dunia pengembaraan.
Ada satu masa I rasa seperti Frodo yang terlalu lemah hingga terpaksa dipujuk oleh Samwise. Mujur tiada adegan memapah. Pentingnya sweeper yang sabar dan cekap memberi semangat supaya tidak patah hati dan merayu untuk duduk disitu.
Tak terkira berapa kali I minta sweeper jalan dahulu dan tinggalkan I kat situ, tak terdaya nak melangkah lagi. Kaki dah jadi jelly. I sanggup duduk sahaja walaupun sebenarnya ia sangat merbahaya. Kita tidak tahu binatang buas atau mungkin orang jahat datang.
Katanya, jika berjaya Bukit Kutu semestinya boleh buat Pine Tree. Ah, I dah tengok gambar-gambar Pine Tree dan ia sangat cantik!
3rd crossing - buka kasut |
Nature's amazing! Natural steps |
hakak jauhhhh nun kat belakang... (dengan sweeper Halim) |
She's amazing! TQ Nurul for making me do this |
Tulis nama atas batu... |
Bukit Kutu - checked!
No comments:
Post a Comment