Showing posts with label freelance. Show all posts
Showing posts with label freelance. Show all posts

Wednesday, 16 August 2017

Road to Champion with NPR Nilai

Ahad 13 Ogos 2017 I dipilih untuk hadir workshop Road to Champion anjuran NPR Nilai diKelab Golf Kota Seri Emas, Nilai. Seminar selama 12 jam itu sangat padat dengan aktiviti dan perkongsian ilmu. Betul, I telah banyak menghadiri workshop danboleh diteka apa mengisian yang akan diberi. Namun begitu, I pergi dengan cawan kosong dan dengan harapan dapat menghidupkan semula enjin yang sudah berkarat, maklumlah terlalu fokus dengan PUDGi. 

Workshop itu dihadiri lebih kurang 20 orang perunding hartanah NPR, ada rookie, ada otai, ada juga yang tidur, dan ada juga yang perlukan injeksyen supaya terus kekal bermotivatsi. Saya tidak pasti saya dalam kategori mana tetapi Ahad lepas adalah Ahad yang ohsem.

dengan boss NPR Nilai. She is a kind soul.

I pulang dengan semangat sebab makan best dan I'm actually busting with idea!

Sesi 1

Opening slot by Director of Sales NPR Nilai yg sangat bersemangat mahu menjadi mentor untuk membimbing anak buah beliau.  Pengenalan sistem points sepanjang workshop sangat bagus sebab dapat mengeratkan hubungan kami. Saya yang baru tidak berasa janggal bersama dengan orang hebat yang lain. 

Satu perkara lagi yang saya kagum dengan beliau ialah kesungguhan beliau untuk terus belajar. Masih lagi masuk kelas-kelas berkaitan untuk terus menambah pengetahuan adalah sesuatu yang I rasa I nak buat. 


Sesi 2

Sesi Kewangan Peribadi ini. Bukan sebab dah pandai tetapi speaker membosankan. Namun begitu ia boleh perbaiki lebih lagi. Ye benar, speaker mempunyai kelayakan akademik yang mengkagumkan tetapi cara penyampaian yang agak mehhh dan kawalan suara yang boleh mendodoikan audience perlu diimprovekan lagi.

Satu pujian module beliau sangat bagus - Taubat Kewangan. Tajuk yang boleh buat sentap dan insaf. Selepas itu, speaker menyuruh kami membuat dream board yg agak fun.


Sesi 3

Dimana kami diminta melepaskan diri dari tali. Rasanya yang ni ramai dah tau. Tak ada menarik sangat tetapi, ada satu catch yang rasanya akan diingat sampai bila-bila.



Sesi 4

Yang ni favorite I. Kami diminta menulis sikap buruk kita diatas belon. So, I tulislah pasal I ni malas, suka jump conclusion, suka sedih etc etc., kemudian kami disuruh ikat kat kaki dan letupkan dengan kaki sebelah lagi. Terjerit-jerit kami sebab gayat dengar bunyi belon meletup.

Selepas main letup-letup kami diminta menulis impian dan juga insan penting dalam hidup. Ralitlah pula menulis nama mak, suami, adik-adik, anak saudara semua. Kemudian kami beramai-ramai pergi kepadang dan lepaskan belon tersebut. Seronok sangat.








Sesi 5

Penutup oleh Encik Ezzad. Sumpah tak kenal. Tetapi beliau sangat dihormati oleh setiap perunding NPR Nilai. Tapi lupa pulak apa dia cakap. Something to do with kerja kuat lah which is standard. Ye lah, perunding rajin agency dapat percentage.




In conclusion, I sebagai perunding yang dah lama, tak kisah sangat tentang agency, asalkan agency itu jujur menjaga duit tetapi Ahad lepas membuatkan I rasa I telah memilih agency yang betul dan dapat memberikan support sistem yang diperlukan.  2018 is looking bright.




Thursday, 19 June 2014

I am Always Working

I refuse to accept that for Real Estate Negotiator (ren), you are working only when you are showing houses to potential buyer or meeting new owner. No. It is more than that.

There are five cycles as ren:-

1. Prospecting
2. Seller
3. Buyer
4. Viewing
5. Closing


Prospecting

There are so many way to do this. You may see me looking at my phone constantly but do you know I am blasting sms/WhatsApp/e-mail to my potential clients. I send season greetings cards and also Thank you cards. Driving around housing estates and talking to security guards. A day out can be a work day if you know where to do prospecting. Seriously!

Seller

Your seller is the supplier to your stock (listing) to sell. He can be anyone. Your ex-boss, your ex, your sister, brother etc etc. Keeping in touch is also way of maintaining good relationship with your potential seller. 

Or, you can network with your colleagues. Easy peasy

Buyer

Easy to come by. Market your list and subsequently potential will come along and be your buyer. Again, network with your colleagues. They might have a buyer. 

Viewing

This is the fun part. Let the potential buyer see the unit. Let them touch it, feel it, visualising it. 50% chance of closing is in your hands.

Closing

This is hard for me. I do not have mojo to persuade and charm people with words. Always I let the house sell by itself. Off course I will do my best ensuring the property is suitable with potential buyer but I don't believe in forcing people to put down payment like some ren. 


So, when people tell me that I have an easy job I just my eyebrows. I'm always working.  Unlike you, you can clock out and not answer calls from your office.


Hot day but when you have to hand a signboard, you got to go!

Then you go home prepare a good meal!

Thursday, 4 April 2013

Cabaran sebagai freelance / berkerja sambilan

Saya telah bekerja sebagai real estate negotiator sejak October 2009 hinggalah sekarang. Saya katakan saya adalah pekerja  sambilan/freelancer kerana tidak mempunyai pendapatan tetap.  Ini adalah satu-satunya sumber pendapatan saya selama 4 tahun. 

Pekerjaan saya agak mencabar...bukanlah sekadar berpanas & berhujan, namun lebih kepada cabaran yang menduga ketahanan mental dan semangat. 

Disini saya mahu berkongsi tips buat sesiapa yang mahu berkecimpung dalam bidang ini. 

If you fail to plan, you plan to fail.  
Ini sangat tepat dan terkena batang hidung saya pada 2005.  Perkara pertama yang merungsingkan saya adalah duit.  Semua kerana telah biasa makan gaji sejak berumur 18 tahun.  Saya mula di alam pekerjaan ketika menuggu keputusan STPM sebagai kerani sementara sebuah syarikat broker insuran & pada 2001 pula saya berhijrah ke Insurance Department of IOI Group.  Lagi seronok kerana selain gaji yang lebih setiap pegawai diberi pegangan saham secara percuma.  

Pada 2005 saya nekad untuk memulakan karier sebagai ejen hartanah.  Tetapi saya telah tersilap langkah.  Tanpa simpanan yang cukup, listings tidak begitu menarik dan kesabaran yang tak berapa nak ada kerana sebagai kaki shopping saya mampu bertahan selama 5 bulan sahaja.  Saya kembali ke industri insurans dan makan gaji semula. Malu juga..

Saya pesan kepada sesiapa yang mahu menjadi ejen hartanah, pastikan ada mempunyai simpanan cukup sekurang-kurangnya untuk satu tahun.  Pastikan juga kumpulkan listings supaya boleh terus rolling. Jangan kita rolling in the deep, susah nak bernafas.

Making a comeback
Empat tahun saya makan gaji Syarikat Takaful Malaysia Bhd. Ketika interview saya ditanya kenapa mahu bekerja semula kerana bidang hartanah sangat lucrative. Saya dengan jujurnya memberitahu saya perlu gaji tetap. 

Setelah cukup mengumpul keyakinan, tahun 2009 saya menghantar surat perletakan jawatan dan syukur, pejabat Reapfield Properties Shah Alam (RPSA) mahu rujuk semula. 

Sebelum memulakan career buat kali kedua, saya telah mulakan marketing dengan bercerita kepada hampir setiap kawan-kawan dan saudara mara. Mak saya off koz tak suka, tak secure katanya. Nanti akan berulang semula.  Tak der blessing mak masa tu.  Tetapi saya abaikan dan teruskan juga usaha.  Daripada kawan-kawan dan saudara saya dapat listings. Saya mulakan dengan lima quality listings. I feel good from beginning and that is important. 

Sekarang dugaan saya bukanlah mendapat listings lagi tetapi discipline. Bayangkan, saya tak perlu keluar rumah ketika ayam berkokok. Traffic jam? Apa tu? Saya boleh tidur semula selepas subuh. Nikmat tau.  

Focus juga lari. Apabila dirumah saya akan mengemop, menyapu dan apa sahaja kerja rumah yang melengahkan saya daripada keluar untuk berfarming.  Saya tidak suka menggosok baju tetapi bila saya tidak dapat focus berfarming saya akan gosok baju. Games, Twitter dan Facebook..haih...itu dah satu kisah.

Untuk mengelakkan kurang focus, saya jadikan tabiat berpakaian kemas seperti hendak ke pejabat. Tidaklah sampai bermekap tebal dan berkasut didalam rumah, cukup sekadar rambut bersikat, bukan baju tidur.  Saya jadikan rutin bermula dari jam 10.30 akan duduk di work-station dan browse segala web-site mencari penjual, membalas email dan sebagainya.  Ceh, cakap senang tetapi tabiat ini hanya berjaya dikekalkan selepas dua tahun. Kesian kan, dua tahun baru mampu lawan nafsu malas.

Kini saya bercita-cita hendak aktif berblog. Saya mahu cipta brand saya sendiri. Saya mahu dikenali sebagai ejen hartanah. Isya-Allah, dengan sokongan semua saya mampu. Dan mak saya akhirnya memberi restu setelah melihat saya lebih tekun kali ini :)  







Taking Care of Our Elderly

As we count our wrinkles, noticing new pain on our joints and all other changes on our body we sometimes forget that our parents, too, grow...